Pihak Astro telah mengumumkan senarai 12 orang pelajar Akademi Fantasia musim kelapan pada sidang media yang telah berlangsung petang semalam. Mereka akan membuat penampilan sulung di konsert pengenalan, Tirai AF yang akan bersiaran secara langsung pada 13 Mac 2010, jam 9.00 malam melalui saluran rasmi Astro RIA.
Mahkota Raja Lawak 4 Milik Kecik
March 9th, 2010
Amir ZonesTahniah kepada kumpulan Kecik yang telah menjadi juara untuk program Raja Lawak musim ke-4. Gelanggang Raja Lawak peringkat akhir telah berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad lalu. Kecik memperoleh peratusan tertinggi iaitu 49.48% diikuti oleh Idlan 32.36% dan Alex 18.16%.
Sumber: Astro
Tunjuk MyKad untuk dapat subsidi minyak
March 6th, 2010
Amir ZonesPada pembentangan Bajet 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa petroleum bersubsidi kini dinikmati oleh semua kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.
Bagi memastikan hanya golongan sasar diberi subsidi, kerajaan merancang untuk melaksanakan satu sistem penstrukturan subsidi petroleum yang akan menggunakan MyKad serta berdasarkan kuasa enjin kenderaan.
Utusan, 5 Mac 2010
Saya menyokong sepenuhnya cadangan perstrukturan subsidi petroleum yang menggunakan MyKad ini kerana dapat mengelakkan pemilik kereta mewah dan rakyat asing daripada terus mendapat subsidi minyak. Pemilik kereta mewah sudah tentu seorang yang kaya-raya. Jadi rasanya tak perlu diberi subsidi kerana subsidi merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk mengurangkan bebanan rakyat. Rakyat asing juga tak berhak merasai subsidi ini kerana mereka bukan rakyat Malaysia.
Keputusan SPM 2009 diumum 11 Mac 2010
March 5th, 2010
Amir ZonesKeputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada hari Khamis, 11 Mac 2010. Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.
Saya di Oh Malaysia! ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua pelajar lepasan SPM dan STAM 2009. Terimalah keputusan dengan hati yang terbuka. Jom baca artikel khas untuk pelajar lepasan SPM 2009 di SINI.
Kes penderaan adik Syafia: Haruskah jiran tetangga dipersalahkan?
March 3rd, 2010
Amir ZonesNampak gayanya permulaan tahun 2010 menampakkan sedikit kesuraman dalam masyarakat kita apabila satu per satu tragedi berlaku di Malaysia. Tragedi yang benar-benar menyentuh naluri kemanusiaan dalam diri kita semua. Siapa yang tak terkejut bila mengetahui kisah seorang bayi 5 bulan diliwat sehingga mati? Siapa juga yang tak tersentak bila membaca kisah bayi yang dibuang dan dibakar di tempat pembuangan sampah? Dan yang terbaru kanak-kanak berusia 3 tahun, Syafia Humairah Sahari didera dan dibelasah sehingga mati oleh teman lelaki ibunya sendiri.
Pada hari kejadian, Syafia bermain bola di padang yang berdekatan dengan rumahnya dan dia dikatakan menangis. Tiada angin tiada ribut, tak semena-mena teman lelaki ibunya yang merupakan suspek dalam kes penderaan ini telah menampar dan menyepak perut Syafia beberapa kali sehingga mangsa lemah longlai. Mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh suspek dengan teksinya. Suspek dikatakan menipu ibu Syafia dengan memberitahu anaknya telah meninggal dunia setelah terjatuh dari motosikal. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kisah penderaan adik Syafia, bolehlah baca di Berita Harian.
Penangan cinta jejaka Lombok: Gadis Melayu terpedaya
February 27th, 2010
Amir ZonesKebelakangan ini, kahwin lari dengan warga asing sudah menjadi trend di kalangan gadis-gadis Melayu. Nampak gayanya mereka ini tak pernah serik. Mereka langsung tak mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah-kisah penderitaan gadis Melayu yang disiarkan media selepas mereka lari mengikut kekasih ke Indonesia. Mereka ini sanggup meninggalkan keluarga tercinta dan memperjudikan masa depan kerana termakan pujuk rayu lelaki asing yang baru beberapa bulan mereka kenali. Mungkin rasa cinta yang tebal dalam diri memaksa mereka berbuat demikian. Tetapi, adakah mereka berfikiran waras dalam hal ni?
Kes terbaru, seorang gadis Melayu kahwin lari ke Indonesia pada 14 Februari lalu. Noorlaili Hafizah Omar, gadis berusia 19 tahun dari Kampung Setia Jaya, Setapak di sini melarikan diri untuk memenuhi impiannya berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari Jawa Timur yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.
“Abah mula ari nie Pijah tak balik rumah sebab Pijah ikut Abang Jo pergi Indonesia, kita kawin kat sana. Abah, abah kita mintak maaf atas perbuatan jahat kita abah, kita sedih sangat abah, tapi kita suka kat Abang Jo. Dia baik abah, kalau tak buat cara ni abah tak mungkin bagi kita kawin ngan Abang Jo sebab abah tak suka ngan orang Indonesia, sebab tu kita buat.”
RSS Feed
Twitter








