
Negara kita Malaysia kini sudah menjangkau usia 53 tahun. Sedar tak sedar dah lama sebenarnya negara kita ni merdeka. Banyak perubahan yang boleh kita nampak masa negara ini mula-mula merdeka dulu sehinggalah sekarang. Kejayaan yang dikecapi hari ini bukanlah datang dalam sekelip mata, tapi atas usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak berkorban jiwa dan raga. Sempena hari kemerdekaan yang disambut pada hari ini 31 Ogos, saya berharap agar kita semua dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
Kalau kita imbas semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, negara kita mungkin tidak boleh merdeka kalau rakyatnya sendiri tak bersatu-padu. Dasar pecah dan perintah oleh penjajah telah menyebabkan rakyat berpecah-belah. Melayu sama Melayu, Cina sama Cina dan India sama India. Tapi atas perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan kita semua disatukan. Maka wujudlah bangsa 1Malaysia yang ada pada hari ini.
Bersempena dengan tema hari kemerdekaan tahun 2010 iaitu ’1Malaysia Menjana Transformasi’, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-53 buat semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.




August 31, 2010 at 8:30 am ·
Happy Independence’s Day to all Malaysian…
August 31, 2010 at 10:01 am ·
salam kemerdekaan =)
August 31, 2010 at 10:31 am ·
Salam Kemerdekaan buat semua!
=)
August 31, 2010 at 12:02 pm ·
best iklan Petronas ni kan..Selamat Menyambut Merdeka!
August 31, 2010 at 12:11 pm ·
salam merdeka buat amir dan semua pengunjung blog Oh Malaysia..
August 31, 2010 at 12:43 pm ·
sambutan kali ni mmg lain dari yg lain…disambut dlm bulan ramadan..semalam kat tempat saya, kami menyambutnya dlm suasana penuh islamik..yang perempuan masih bertelekung taktala melaungkan Merdeka!
August 31, 2010 at 12:55 pm ·
September 2, 2010 at 9:10 pm ·
yo betullah
August 31, 2010 at 12:56 pm ·
salam menyambut kemerdekan ke 53 utk malaysia
August 31, 2010 at 5:40 pm ·
iklan petronas tu terbaek!
August 31, 2010 at 9:18 pm ·
Semoga kita merdeka dari semua segi terutamanya pemikiran..
August 31, 2010 at 11:27 pm ·
selamat menyambut hari kemerdekaan…hihi^^
August 31, 2010 at 11:59 pm ·
Selamat Hari Kebangsaan …
September 1, 2010 at 4:42 pm ·
hakikatnya jiwa kita semua masih belum merdeka sepenuhnya walaupun sudah 53 tahun
setuju?
P/S : Yeyeyeyeyeyeye! Kelas Cancel! Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
September 1, 2010 at 9:30 pm ·
slamat hari merdeka~ anyway, iklan petronas mostly mmg best~
September 2, 2010 at 2:10 am ·
Salam kemerdekaan bro..
suka betul dengan video tu
September 3, 2010 at 10:02 am ·
Iklan dari Petronas meamng tak pernah menghampakan penonton.
Salam Merdeka!~
September 8, 2010 at 12:17 am ·
salam merdeka di perantauan juga bro
September 8, 2010 at 12:46 am ·
rindu pulak iklan Yasmin Ahmad..