Review ini ditulis atas permintaan teman saya, Fara Deeba sebulan yang lepas. Tapi disebabkan saya sibuk dengan final exam, jadi terpaksa saya tangguhkan dulu hasrat untuk membuat review ini. Saya pernah memasang keempat-empat iklan dari syarikat Nuffnang, Innity, Advertlets dan Mangga Ad. Jadi sedikit sebanyak, dapatlah saya buat rumusan sikit tentang prestasi syarikat-syarikat iklan tersebut.
1) Nuffnang

Kelebihan
- Syarikat pengiklanan yang paling berjaya dan popular di kalangan blogger-blogger Malaysia.
- Banyak contest yang menawarkan hadiah lumayan dan aktiviti untuk blogger-blogger dianjurkan Nuffnang. Antaranya Event Gatsby Deodorant Street Fair yang telah dicatatkan dalam Malaysian Book of Records untuk ‘The Largest Bloggers Gathering’.
- Blogger juga berpeluang mendapat tiket wayang free, freebies dan sebagainya.
- Banyak iklan dipaparkan kerana Nuffnang mempunyai banyak advertiser.
- Mempunyai dashboard yang membolehkan blogger melihat keyword yang masuk, referrals dan unique visitor.
- Bayaran dibuat melalui cek. Belum ada kes Nuffnang tidak membuat bayaran kepada blogger.
- Nilai minimum untuk cashout ialah RM50.00.
Jenis iklan
Leaderboard (728×90), skyscraper (160×300) dan large rectangle (336×280)
Earning
1. Kempen CPC – Anda akan dibayar apabila iklan diklik oleh pelawat.
2. Metered Earning (Kempen CPM) – Earning bergantung kepada jumlah unique visitor semasa iklan sedang berjalan. Anda akan dibayar dengan ‘fixed amount’ untuk setiap unit iklan.
3. Buffered Earning (Kempen Metered CPM) – Advertiser membeli ruang iklan di blog untuk jangka masa tertentu.
Status Glitterati
Mana-mana blog yang hanya meletakkan iklan Nuffnang akan mendapat status Glitterati. Blog yang meletakkan iklan Nuffnang bersama-sama iklan Innity, Advertlets dan Mangga Ad akan hilang status Glitterati. Bayaran iklan untuk blog berstatus Glitterati lebih tinggi berbanding blog berstatus Ordinary. Status Gliterati tidak hilang jika iklan Google Ads diletakan di blog.
Komen: Oh Malaysia memperoleh RM53.10 dalam masa 6 bulan. Earning yang rendah mungkin sebab status Ordinary.
2) Innity

Kelebihan
- Bayaran iklan tertinggi berbanding Nuffnang, Advertlets dan Mangga Ad.
- Banyak jenis iklan yang boleh diletakkan di blog antaranya rectangle (300×250), skycraper (120×600), leaderboard (728×90), head banner (468×60), ballon (260×230), bottoms up (325×90), site take over (780×450), text link dan in-text.
- Mempunyai option ‘Alternate Ad Management’ di mana blogger boleh meletakkan iklan-iklan lain yang akan dipaparkan secara rotate sekiranya tiada iklan Innity berjalan.
- Tiada status membership seperti Glitterati Nuffnang. Jadi blogger bebas untuk meletakkan apa sahaja iklan di blog.
- Bayaran dibuat secara bank-in.
Earning
1. Cost per click (CPC)
2. Cost per thousand impression (CPM)
3. Cost per engagement (CPE)
Requirement
Innity meletakkan syarat untuk blogger-blogger yang ingin berdaftar sebagai publisher. Antaranya ialah 6,000 unique visitors dan 30,000 pageviews sebulan.
Komen: Oh Malaysia memperoleh RM815.37 dalam masa 5 bulan.
3) Advertlets

Kelebihan
- Earning yang tinggi jika mempunyai trafik blog yang tinggi.
Kelemahan
- Kurang iklan dipaparkan berbanding Nuffnang dan Innity.
- Lambat membuat bayaran @ buat-buat lupa nak bayar. (berdasarkan pengalaman Kak Jie)
- Minimum cashout RM100, nilai yang besar untuk dicapai oleh sesetengah blogger.
Komen: Oh Malaysia memperoleh RM250.841 dalam masa 2 bulan. Masih belum cash out, jadi tak tahu nasib saya bersama Advertlets ni.
4) Mangga Ad

Kelebihan
- Selain earning CPC, Mangga Ad turut mempunyai earning berdasarkan impression yang bergantung kepada jumlah pelawat @ unique visitor.
- Mempunyai reputasi yang baik kerana merupakan anak syarikat Utusan Malaysia.
- Mempunyai Friends Widget di mana blogger boleh menambah rakan blogger sebagai partner.
Kelemahan
- Kurang iklan dipaparkan, mungkin masih kekurangan advertiser.
- Dashboard yang tak mesra pengguna dan mengelirukan.
Komen: Oh Malaysia memperoleh RM30.94 dalam masa 3 minggu. Masih menguji sehebat mana Mangga Ad ni. Jika ingin berdaftar, sila klik di sini.
Disclaimer: Artikel ini dikeluarkan hanya untuk berkongsi idea dan pandangan sesama blogger tentang syarikat-syarikat iklan yang ada di Malaysia.




July 2, 2010 at 7:30 am ·
wah! terima kasih info. baru tau perbezaan.=)
July 2, 2010 at 7:41 am ·
hurm bagus3.. nice share thanks =)
July 2, 2010 at 9:58 am ·
bagi aku masing2 ada kelebihan sendiri..kena try sendiri mana yang paling serasi baru tau..aku punya advertlets dah berjanggut dah ni tunggu..
July 4, 2010 at 10:36 am ·
aku dah stop guna advertlets… nak cuba innity n mangga ad je dulu.
July 2, 2010 at 11:26 am ·
Aku dah guna Nuffnang dalam setahun ,kemudian cuba advertlets tapi mendukacitakan,then baru2 ni dah try mangga ad dan juga innity
July 4, 2010 at 11:08 am ·
Advertlets memang mendukacitakan sikit. iklan pun x banyak..
July 2, 2010 at 11:40 am ·
wah…..banyak eraning kat innity….orang rajen update blog gitu la hasilnya kan…..bagus2…
July 4, 2010 at 11:09 am ·
skg aku dah malas nak update sidek… emmm..
July 4, 2010 at 11:13 am ·
@Amir, huhuhuhu~~~~bahaya2…aku memang dari dulu duk lagu ni la….2 3 hari sekali aku update….tapi pernah gak la ko merasa income dari blogging….aku x pernah lagi…takpe2…..
July 2, 2010 at 11:50 am ·
menarik2..tp belum ada rezeki lagi..huhu
July 2, 2010 at 12:09 pm ·
terima kasih info ni bro… padan le nuff aku dah kureng… manggaAds punya pasal lani… tak pe try in error dari tak derk but banyak income masyuk tu bro… tahniah2
July 4, 2010 at 10:37 am ·
blogger2 lain yg ada byk blog lagi banyak dpt earning.. kalo dorang tgk ni, sikit je.. hehe..
July 2, 2010 at 12:33 pm ·
naz pernah guna magga ads tp mungkin disebabkan blog yg tak kencang (:P) sikit ja dpt. jd skrg balik semula ke nuff. mgkin malas dh nk tukaq2 kot
apa pun, entri ni best & bermanfaat
July 4, 2010 at 10:38 am ·
xpe nuffnang pun best. banyak contest utk blogger.
July 2, 2010 at 12:44 pm ·
thnks
tetap syg nuffnang lg
hehe
July 2, 2010 at 12:54 pm ·
hebat la hang.. kaya
July 4, 2010 at 10:39 am ·
sikit tu luth. org lain dpt lagi banyak…
July 2, 2010 at 2:53 pm ·
satu perbandingan yang menarik. innity tu masyuk jika ada CPM & CPE,harapkan CPC mmg berjanggut aa.hee
July 4, 2010 at 10:39 am ·
tgh2 tahun ni Innity jarang plak ada iklan CPM..
July 2, 2010 at 2:58 pm ·
oo baru tau…
sy pon x paham bnda2 cmni maklumlah
blogger biase2 je
anyway, thanks
July 4, 2010 at 10:40 am ·
saya pun blogger biasa.. lama2 nti banyak la tahu.
July 2, 2010 at 3:04 pm ·
Rasanya Mangga Ad akan jadi yang terbaik lepas ni…
July 4, 2010 at 10:40 am ·
aku pun rasa cmtu.. kena sabar la sikit.. nti ramai advertiser register mangga ad, baru masyuk.
July 2, 2010 at 3:05 pm ·
Saya punya iklan nuffnang x kuar kt blog saya..knp ya? dh 2 bulan macam 2. saya x tau apa masalahnya…
July 4, 2010 at 10:41 am ·
dah letak ke kod HTML dekat sidebar blog?
October 3, 2010 at 3:58 pm ·
saya baru buat satu hari dah keluar iklan nuffnang
July 2, 2010 at 3:56 pm ·
wow. terbaik. boleh tnjuk kat kawan. aku nk terngkn pon kurang phm. muahaha. tq bro
July 4, 2010 at 10:42 am ·
aku pun x explain panjang lebar psl iklan ni… takut orang pening. tulis sikit je.. hehe..
July 4, 2010 at 10:01 pm ·
@Amir, he. xpe bro. mmbr dah phm pon. ngee. tq again
July 2, 2010 at 4:43 pm ·
Ta Amer, cantik sgt info nih..puas hati RM800 lebih innity dlm masa 5 bulan..mantap tu..yg lain2 tak kira lagi tu..hehe kayo2, Tahniah Amer..:)
July 4, 2010 at 10:57 am ·
hehe. rezeki. tp xdelah sampai kaya bro. nak bayar hosting pun banyak ni. hehe.
July 2, 2010 at 5:17 pm ·
salam..
amer,yang mana paling terbaik ek??
July 4, 2010 at 11:07 am ·
i would be better if u use nuffnang. tp kalo nak try mangga ad boleh jugak. kalau guna nuffnang, jgn letak iklan lain la sbb kalo xde status glitterati, earning lambat naik..
July 2, 2010 at 5:23 pm ·
bestnye kalau blog sefamous OM..huhu
July 4, 2010 at 11:10 am ·
OM takde la femes pun. masih merangkak2 lagi ni…
July 2, 2010 at 6:25 pm ·
advertlets lambat buat payment, cashout bulan 4 pun belum process lagi,ntah nape silapnya huhuhu
July 4, 2010 at 11:10 am ·
4 bulan? lambatnya. risau kalau duit x dapat2…
July 2, 2010 at 7:15 pm ·
salam.terima kasih info yang menarik ni..setakat ni hanya guna nuffnang je..
July 4, 2010 at 11:11 am ·
nanti cuba la Innity… Innity pun best.
July 2, 2010 at 8:41 pm ·
salam amir..entri menarik..
setakat ni puas hati dengan innity..nuffnang pun,cikmin baru je pandai manfaatkan bila dapat buffered tu..
July 4, 2010 at 11:11 am ·
innity lagi banyak dapat duit. $$$
July 2, 2010 at 8:42 pm ·
aku plih advertlets sbb dia dah bayar aku 2x.. manga ads baru cuba… lelain innity dgn nuffnang guna saje2 jerkk… nk tnggi guna luar mcm clicksor
=]
July 4, 2010 at 11:12 am ·
aku x berani guna company luar. xpe la guna yg Malaysia punya dulu…
July 2, 2010 at 8:44 pm ·
maya baru je try mangga ads last week….bila npk hasilnya lagi…emmm….mcm mn ia b’operasi pun….tk pasti…hahahaha….
July 2, 2010 at 8:56 pm ·
buat masa nie nak fokus pada nuff dulu
July 2, 2010 at 10:18 pm ·
hmm.. aku pun tak pasti apa yg best setakat ni pasalnya, aku pun masih mencuba semua..
July 4, 2010 at 11:16 am ·
try guna Nuffnang dulu Min. dah puas hati cuba yg lain2 plak..
July 3, 2010 at 1:08 am ·
bro, innity tu kan, must meet the requirement ke? klo kite tipu2 skit die tau x?
July 4, 2010 at 11:17 am ·
biasanya dia mintak bukti trafik blog. hehe…
July 3, 2010 at 3:14 am ·
boleh tahan income tuh… … bagus2x amir buat review macam nie… sekurang2nya boleh kita buat analysis dan benchmarking
July 4, 2010 at 11:18 am ·
setuju… boleh jadikan penanda aras..
July 3, 2010 at 8:29 am ·
adoyaiii.. kayonyo engkau!
July 4, 2010 at 11:19 am ·
hehe.. tak kaya mana pun. sikit je..
July 3, 2010 at 10:06 am ·
baru ja join benda ni
camna nak daftar nuffnang amir?
July 4, 2010 at 11:20 am ·
sory lmbt reply. busy berjalan2.. hehe. masuk je website nuffnang, http://nuffnang.com.my then register. lps tu letak kod HTML dekat sidebar orang kt header..
July 3, 2010 at 5:48 pm ·
rasanya fakta mengenai earning nuffnang tu ada silap sikit. Bukan ke buffered earning akan jadi metered earning apabila iklan itu telah tamat tempoh disiarkan di blog kita/mencapai limit view yang ditetapkan. Rasanya ada nama lain untuk apa yang amir maksudkan.
July 4, 2010 at 10:32 am ·
infonya mmg betul sbb ambil dari website Nuffnang. cuma ayat kedua maybe salah. so aku keluarkan ayat kedua tu.
July 3, 2010 at 8:51 pm ·
Bila lihat review ni, terasa kerdil pulak saya.. Dalam 6 bulan bersama Nuffnang, earning baru RM13.15.. Apa pun, syukur ada gak earning..
Dengan Mangga Ad baru 2 minggu, dapat la 10 sen.. Hehe..
(Moga rezekiku melimpah ruah.. Amin..)
July 4, 2010 at 11:21 am ·
Insyaallah. Kalau dah rezeki tak ke mana bro.. Saya pun bermula dari bawah.. Selamat maju jaya ye bro.. jangan rasa kerdil2.. kita sama je…
July 3, 2010 at 9:45 pm ·
Dari review tu aku nampak mannga ada ada potensi nak maju.
entah la bila nak tukar ke mangga ni.
ko tak review pun ttg castclick sbb nak gak tau reputasi sykt tu.
Rasa2nya ada tak lagi syarikat pengiklanan selain yg dinyatakan di atas.
TQ.
July 4, 2010 at 11:22 am ·
Saya pun rasa camtu.. maybe Mangga Ad akan jadi pilihan blogger suatu hari nanti…
July 4, 2010 at 12:49 am ·
nice sharing…
banyak gak dapat duit dari blog nie ye…
tahniah
July 4, 2010 at 1:47 am ·
info yang penting untuk cepat kaya.ahhhha
July 4, 2010 at 11:25 am ·
kualiti blog kena jaga. jangan fikir sgt psl duit ni.. hehe..
July 4, 2010 at 1:33 pm ·
hurm..betul2..
July 4, 2010 at 2:34 pm ·
earning ko bt aku jeles bro..hehe..mangga ad mcm besh je tu..
July 4, 2010 at 4:04 pm ·
info menarik tentang ads yang ada..chybee baru try nuffnang je..yang lain belom try lagi..nak try innity tapi cam tak dapat je
July 4, 2010 at 6:03 pm ·
salam..
uh bagus sungguh 4 sponser ni ya..klu tak der mrka mcm tak meriah jerk kan..hehehe..
thnks shbat atas malkmut tersebut..bestkan jika waktu2 first time kita dpt..pastu teruja bagai
July 5, 2010 at 12:17 am ·
Akupun ada keempat-empat iklan tu.. ari tu dapat bnyk buffered nuffnang, tetiba hilang semua sekali.. Innity ada juga, tapi sekarang ni iklan susah nak nampak. Magga ari tu pasang di blog lain.. adalah beberapa sen dapat. sekarang ni dah letak di blog utama.. tak tau mcm mana earning lepas tu..
July 5, 2010 at 1:15 am ·
amir..yg mangga ads tu earning termasuk RM20 yg die bg ke?
July 5, 2010 at 5:03 am ·
termasuk. Mangga Ad latest update, ada pertambahan RM6+.
July 5, 2010 at 9:07 am ·
Terima kasih kerana berkongsi review..baru jelas dan terang,tentang iklan2 ni..
July 5, 2010 at 9:48 am ·
good review..saya masih dan akan tetap setia dengan Nuffnang kerana bagi saya, in the long term, Nuffnang adalah yang terbaik bagi saya..Alhamdulillah,sudah terbukti akhirnya dan a few advertorial sudah dlm genggaman and each of it memang membuatkan hati tidak tertawan dengan yang lain..hik3….
July 6, 2010 at 9:12 am ·
salam..fy baru je wat innity..tp pelik la, banner innity y fy letak kt blog xkuar pon?blnk je..nape ye?
July 6, 2010 at 9:12 am ·
salam..fy baru je wat innity..tp pelik la, banner innity y fy letak kt blog xkuar pon?blnk je..nape ye?
July 6, 2010 at 12:46 pm ·
status glitterati x hilang ke kalau letak mangga ads?
July 6, 2010 at 6:47 pm ·
Terima kasih utk info menarik ini. =)
July 7, 2010 at 10:48 pm ·
waaa thanks amir buat review ni..
btol x sy ckp ramai je org xtau psl comparison advertisers ni
sy pon byk xtau
upenye ade syarat nk join innity
tpi income awk gile best ctu!!
congrats amir
hahah blk msia dtg uia leh la mntak blnje lg cam aritu
hahahah ;D
July 11, 2010 at 8:55 pm ·
Innity jer aku belum pernah cuba. syaratnya ketat sikit.
July 12, 2010 at 11:44 am ·
baru tahu.haha.thanks for the info.
July 14, 2010 at 1:08 pm ·
thanks,,, lots of benefits n knowledge
July 26, 2010 at 10:30 pm ·
kita kena cuba semua!
baru tahu mana yang sesuai dengan citarasa kita..
July 27, 2010 at 8:30 pm ·
sekarang Oh Malaysia tengah run keempat2 jenis iklan tu. hehe.
August 5, 2010 at 1:41 pm ·
kalau kita nk letak mangga ad dkt blog, nuffnang kne buang tak?
kalo guna dua-dua dlm masa yg sama mcm mane?
August 5, 2010 at 5:06 pm ·
boleh je nak guna nuffnang dan mangga ad sekali… blog ni pun guna keempat-empatnya.
August 10, 2010 at 5:12 pm ·
review ni mmg menarik!
September 27, 2010 at 10:08 pm ·
hebat review ni…nak copy boleh?link diberi kpd penulis asal
September 27, 2010 at 10:11 pm ·
boleh2. silakan.
September 29, 2010 at 12:44 am ·
wah smart la bro.. pas ni semua blogger bole choose yg mana lebih sesuai utk blog diorg..:)
December 3, 2010 at 8:23 am ·
DJ pun masih tak faham dengan Mangga..
nilai eCPM dia pelik, dan jumlah klik macam xde dalam kiraan..
betul amir cakap tu, mengelirukan dashboard dia
tak user friendly
December 3, 2010 at 9:23 am ·
biasanya kalau di nuffnang status gliterati tu dapat earn rmo.25 sen minimum satu klik, kalau non glitrati tu berapa dia earn untuk satu klik ya?
December 13, 2010 at 1:02 am ·
wahh banyakknyer dgn innity..
December 15, 2010 at 4:40 am ·
wow banyakknye income..yg paling best sekali mesti ngan Innity kan?
January 6, 2011 at 2:19 am ·
wah menarik.lebat gak income tu.siki2 lama2 jadi bukit
February 9, 2011 at 12:23 pm ·
maaf, mcmana sy nak start promosi blog sy mnggunakan nuffnang.maklumlah, sy ni buta it.1st, 2nd, nak wat pe?
April 9, 2011 at 5:09 pm ·
thnx bg info
May 6, 2011 at 10:37 pm ·
info berguna..mmg tgh cari review perbandingan pengikalan ni
November 30, 2011 at 11:04 pm ·
Adverlets senang nak apply tapi sikit je earning baru dapat 41.50