
Apa kaitan gambar di atas dengan artikel ni? Sabar-sabar, jom baca dulu.
Saya sebenarnya tertarik untuk menulis bila baca komen-komen di artikel ini. Kadang-kadang saya rasa kita perlu optimis bila kita lakukan sesuatu perkara walaupun perkara tu seakan mustahil untuk kita capai. Bila adanya sikap optimis dalam diri, kita akan berasa yakin dengan apa yang kita lakukan. Mesti korang semua kagum kan bila baca list Top 100 Malaysian Blogs? Mesti korang pernah berangan-angan nak masuk dalam list tu, tapi cepat-cepat cermin diri. Layak ke? Korang ni, berpijaklah di bumi yang nyata. Tapi kenapa? Mustahil ke untuk kita capai? Mungkin mustahil, mungkin tidak. Bergantung kepada tahap keyakinan kita sendiri.
Semasa di sekolah, saya tertarik bila dengar ucapan Guru Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran di sekolah saya dulu. Sampai sekarang saya masih ingat ucapan tu walaupun dah hampir 5 tahun berlalu. Kata beliau, “kalau dah tahu orang lain naik motor tapi kita naik basikal, kita bertolaklah awal supaya kita sama-sama sampai ke destinasi yang kita nak tuju tu. Dalam soal akademik, kalau kita tahu kita ni pelajar yang lemah janganlah ikut cara belajar orang-orang pandai. Sampai bila-bila pun kita akan ketinggalan.”
Saya masih ingat, sepanjang tingkatan 4 saya hanya sekali dapat B3 untuk Add Math dan selebihnya GAGAL atau G9. Markah tak lebih 30. Bukan tak belajar rajin-rajin tapi mungkin masa tu bebal sikit Add Math. Saya pernah dapat nombor 108 dalam tingkatan daripada 140 orang pelajar. Kalau saya lemah, mungkin saya dah lama give up untuk belajar. Mana taknya, untuk subjek Fizik, Biologi, Math semuanya paras-paras hidung. Malu je belajar kat SBP tapi result teruk. Tapi saya tetap optimis untuk berjaya walaupun orang mungkin mengganggap impian saya mustahil untuk dicapai.
Alhamdulillah, berkat kegigihan saya di tingkatan 5, dengan jasa dan bantuan guru-guru, doa mak ayah saya dan sokongan kawan-kawan, saya berjaya ubah keputusan G9 untuk Add Math menjadi A1 dalam SPM dan dari kedudukan ke-108 di peperiksaan akhir tingkatan 4 (diagnostik) kepada top 20 di sekolah untuk SPM 2006. Jadi, semustahil mana sekalipun perkara yang kita nak buat kalau kita optimis, tanamkan iltizam dalam diri pasti kita boleh berjaya. InsyaAllah. Tiada yang mustahil dalam kehidupan kita ni sebenarnya. Tapi kejayaan tak akan datang bergolek.
Dalam berblogging sekalipun, kita juga kena optimis. Jangan hanya kerana kita blogger baru, kita takut untuk bersuara. Kadang-kadang penulisan anda mungkin lebih baik daripada penulisan blogger yang telah senior. Asalkan isu yang anda tulis tak merepek-repek. Kita kenalah pandai rebut peluang dan harus tabah dalam menempuhi cabaran mendatang. Kalau kita lemah, pasti mudah untuk kita jatuh terduduk, jatuh tertiarap atau jatuh terguling-guling bila menerima kritikan-kritikan orang lain.
Hari ini 11 Februari – usia saya menginjak kepada 21 tahun. Dah boleh mengundi saya ni kalau Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada tahun ni. Hehe. Apa-apapun pengalaman banyak mematangkan kita sebenarnya. Happy Birthday to myself. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. AMIN.




February 11, 2010 at 2:02 am ·
eh?jap..
saya org 1st?haha..bangga2.
kembang tinge..
memang hidup kena optimistik.
ada impian,ada cita-cita.
manusia kalau takde cita-cita dia zero
tapi dari zero boleh jadi one,two,three dan seterusnya bila kesedaran dan sikap optimis ditanam dalam jiwa.
sy klu ikut tahun 22,ikut bulan 21 lagi.kih3
happy birthday.selamat datang ke alam tua..hoho
February 11, 2010 at 5:06 pm ·
@cik dogol, nak tergelak pun ada. kalau kat mana2 yg sy jumpa, youtube ke, website gua.com.my ke, kalo sape yg komen 1st mesti nak bgtau. hehe… tp kdg2 seronok jadi 1st commentator ni.
btw thanks cik dogol. kita kena slalu optimis dalam hidup kita ok.
February 11, 2010 at 2:29 am ·
semangat kamu memang patut dipuji..=)
cuma setiap org berbeza juga utk sampai tahap optimis..sstgh mungkin dtg iltizamnya dari diri sendiri..yg ni sgt bagus..dan sstgh org de yg perlukan semangat dr org2 tersayang,baru optimis 2 akn dtg…yg penting jgn berputus asa..
tahniah ye..dah menginjak 21 thn..SANAH HILWAH..=)
February 11, 2010 at 5:07 pm ·
terima kasih zihnun fatin. tapi bila kita ada matlamat utk kita capai, kesedaran tu datang dgn sndirinya tak perlu dipaksa2.. kita buat pun bsungguh2..
February 11, 2010 at 2:31 am ·
ko ni thn 89 rupanya.. spm 2006 kan?? haha 1 batch time skolah tp aku muda setahun =)
anyway happy birthday!
February 11, 2010 at 5:08 pm ·
thanks fiffy syafiqa hazirah. ko budak PTS la ni… hehe.. abis, ko ingat aku umur brp? 25? 30 tahun? hehe..
February 11, 2010 at 6:02 pm ·
@oryza sativa, aku ingatkan ko dh 30. hehe
February 11, 2010 at 9:27 pm ·
@izul, melampaulah 30. aku muda lagi. hehe..
February 11, 2010 at 2:57 am ·
Oh Amir.. Selamat hari lahir.. Adikkah kamu? Ngeee.. Akak takde hadiah nak bagi nih.. Ahaks.. Pape pon, semoga dgn mningkatnya usia, kamu juga semakin matang dalam menjalani hidup.. Makin optimis.. Berusaha untuk majukan diri.. Berjaya hidup di dunia dan akhirat. Heehee..
Add Math.. Huhu.. Memang susah pon.. Hehehe..
February 11, 2010 at 5:09 pm ·
nak aku panggl kak farhana ke? hehe.. xpelah farhana, aku pun tak pernah nak sambut2 besday ni… hadiah tu pun jarang2 skali dapat.
February 11, 2010 at 6:00 am ·
Hoho..happy bday,kite sebaya rupanya..tp,ko tua sebulan lebeh sket…hehe…
Ouh,lupe nk introduce…aku rakan Redz..satu batch di Manipal nie…
Kisah kite same…yang penting kite kne optimis…even aku masih fail Add math mase ujian 1st mase F5…karangan BI xyah cite larr..penuh line merah..aku baca balek,sepatah haram x paham ape yg aku tulih….patut la cikgu pggl karangan aku sampah waktu tuh..hahaha
Anyway,keep up the good work…keep on writing..ok!!
ps* aku mase F4,dpt num 99 mase final…mase lom kategori 3 angka lg..so,ok what??hehe
February 11, 2010 at 5:11 pm ·
samalah kita Oyop, hehe.. welcome to da club. ko pun dah hebat skg, buat medik. aku pun kt sekolah lemah BI. aku pun pening baca essay aku. haha. kelaka sgt bila teringat balik. kkuatan aku subjek2 BM, sejarah, math, akaun.. subjek sains + BI sume teruk. tp syukurla kegagalan byk bagi dorongan utk kita bjaya kan? ko xde blog ke?
February 11, 2010 at 7:17 am ·
selamat hari lahir!semoga berjaya dalam apa jua yang diusahakan..
masa form4, subjek yang paling saya menyampah memang addmaths.sebab saya tak paham apalah yang cikgu perempuan saya ajar.tapi pernahlah dapat sekai A2 ujian pertama dan seterusnya gred consisten adalah D. masuk form 5,ada kesedaran sikit.saya tahu saya kena ubah stigma dalam diri bahawa addmaths tu mudah.bajet pandai dan cakap “ala addmaths tu senang jer”.kebetulan dapat cikgu lelaki yang saya rasa lebih pandai mengajar.jadi dapatlah gred A2,paling kurang B4..dan alhamdulillah spm A1..
apa yang penting kita kenalah berfikiran positif!
February 11, 2010 at 3:37 pm ·
@Norain Ishak, betul tu. Aku pun lalui mcm ko lalui sndiri. Seriously, masa form 4 result teruk sgt. Tapi aku slalu jeles tgk kawan2 yg dpt markah tinggi. Sbb tu ada kesedaran nak berjaya. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa akhirnya dapat jgk A1. Hehe. Mmg tak sangka.
February 11, 2010 at 8:00 am ·
wow..kagum2..hehe..susah kot nak dapat top20 time ujian diagnostik..hehe..
anyway..happy birthday=)
February 11, 2010 at 5:15 pm ·
thanks amira. tapi sebenarnya tiada yg mustahil dalam dunia ni. cuma sama ada kita nak atau tak nak je.
February 11, 2010 at 8:10 am ·
Ooo…nak cite pasal harijadi rupanya.Hahaha.Ingat bzdy blog dah 21 tahun.Gila lama.Ada tenet dah ker masa tue.Hahaha
February 11, 2010 at 3:41 pm ·
Fakhrurazi, takde niat pun nak bagitau pasal besday tu sebenarnya. Bila dah habis taip artikel tu terasa nak letak. Haha. Btw, 21 tahun thn lepas aku baru je lahir. Blog ni hampir 2 bulan usianya.
February 11, 2010 at 8:43 am ·
Happy birthday..Adik rupanya..heheheh..
Neway, smoga pjg umur, murah rezki dan seria happy selalu…
February 11, 2010 at 3:45 pm ·
@RaMa2UnGu, aku muda lagi. Hehe.
Btw, thanks 4 ur wish.
February 11, 2010 at 10:01 am ·
epy beteday bro! muda lagi, jauh perjalanan
take care
February 11, 2010 at 3:46 pm ·
thank you very much ieda.
February 11, 2010 at 10:21 am ·
selamat hari lahir
February 11, 2010 at 3:58 pm ·
thanks fina fento
February 11, 2010 at 10:24 am ·
Happy Birthday….(^_^)
February 11, 2010 at 4:17 pm ·
Thank you nabilah_2908.
February 11, 2010 at 11:06 am ·
happy birthday bro
February 11, 2010 at 4:17 pm ·
Thanks Azrul.
February 11, 2010 at 11:16 am ·
HAPPY BIRTHDAY!;)
eeh…la ni saya buat projek OPTIMIS.. Operational Polytechnic Total Integrated management Information System! OPTIMIS kan tuh??? hahahaha
February 11, 2010 at 4:21 pm ·
thanks Red. OPTIMIS la.. tp tu optimis lain, hehe.
February 11, 2010 at 11:30 am ·
sangat best ucapan guru itu…
February 11, 2010 at 4:32 pm ·
@aLLy, sampai skg terngiang2 ucapan cikgu tu.
February 11, 2010 at 12:51 pm ·
btw..happy birthday,brO!smge pnjg umr dan dimrahkn rzeki k..hehe
add math..mmg ssh..aq mse form4 cm kau jgak..time exam je..mrkh add math truk skali..mlu tu mmg malu laa..rse mcm nk menyorok bwh meja je..haha
so,mse form5 kne usaha lebih laa kn..skang tggu result je..=)
February 11, 2010 at 4:39 pm ·
aku dulu segan bila btembung dgn cikgu add math. haha.. rasa nak mgelak je bila jumpa. tp skg aku rapat je dgn cikgu admath tu bila dah keluar sekolah. cikgu2 tak anggap kita bebal pun. hehe. btw, thanks cwa… all da best 4 u. hrp dpt result yg cemerlang ye utk SPM.
February 11, 2010 at 1:44 pm ·
Amir, selamat ulang tahun yang ke-21!
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
ya, kita kena sentiasa optimis and jangan kongkong pemikiran.. kena sentiasa ada usaha untuk memperbaiki diri.. huhu (:
February 11, 2010 at 4:40 pm ·
Thanks Miss Lula.
February 11, 2010 at 1:48 pm ·
salam..
oo tahun 89 ek..muda tuh…sebaya ngan mylilsis..heheh
adek la ni kan..
selamat hari jadi..semoga opanjang umo..n berjayalah lam kehidupan..Aminm..
February 11, 2010 at 4:43 pm ·
Thanks eiyda, mudalah jgk. Tgk blogger2 lain mostly lahir tahun 1987 ke atas…
February 11, 2010 at 2:12 pm ·
salam ziarah.
selamat membesar!
dah tue dah..uhuk2~ =p
Happy birthday too.
teruskan hidup yg indah ini
tidak lupe jugak tingkatkan amal ibadat. ^^
February 11, 2010 at 4:49 pm ·
thanks amad.
February 11, 2010 at 3:00 pm ·
yup2…
nak berjaya dlm hidup perlu ader sikap optimis…
u’re already 21???
;);)
i’m going to be 21 dis coming august…
baper bulan gik sblm bleh mengundi…
haha…
February 11, 2010 at 4:50 pm ·
@ROCKprincess, hehe.. so aku kira lagi tualah. dah boleh nak pangkah memangkah. tp malas la…
February 11, 2010 at 6:04 pm ·
@oryza sativa,
eleh…
beza baper bulan jerk…
xckp layak tok dipanggil abg…
haha…
camner nak jadik rakyat mesia nie…
pangkah memangkah pown malas…
huhu…
p/s:happy 21st birthday…
February 11, 2010 at 9:30 pm ·
@ROCKprincess,
aku malas nak menyebelahi mana2 parti politik. kalau ikutkan mmg aku sokong parti xxx, tapi mengenangkan aku bakal kerja kerajaan kena atas pagar jela. haha.
February 11, 2010 at 10:21 pm ·
@oryza sativa,
huhu…
kalu dah camtue…
xyah pangkah gik sng…
kalu wat tp xikhlas pown xgune kan…
huhu…
p/s:kalu xdaftar xkena saman or anything ker??
February 11, 2010 at 11:41 pm ·
@ROCKprincess: itulah, nak mengundi pun kenalah ikhlas. tengok la mcm mana, lagipun PRU lambat lagi kan. btw, kalo x daftar x kena ape2pun. sbb itu terpulang kpd individu….
February 12, 2010 at 12:01 am ·
@oryza sativa,
btul2..
I pown rasa I xkan daftar dulu bile dah tibe masanyer nanti…
huhu…
February 12, 2010 at 2:14 pm ·
@ROCKprincess, eh.. eh.. daftar jela… hehe.. lps tu terpulang nak mengundi ke tak.
February 12, 2010 at 8:16 pm ·
@oryza sativa,
huhu..
baek tuan…
February 11, 2010 at 3:46 pm ·
betol tu.. kena sentiasa optimis bagi mendapatkan minda yang sihat..
btw, HEPI BURFDAY to u yek.. =D
February 11, 2010 at 6:39 pm ·
hepi belated birthday bro..xtau plak birthday ko..hehe
ape2 pun memang yang ko tulis tu btl..blogger baru mane la berani..tapi kena jadi berani gak la kalau nak berjaya..aku even smpai skarang blogging sendiri2 jer..dh ssh nak online yang iyernye..ape aku dah merepek ni..adui..
February 11, 2010 at 9:32 pm ·
Thanks Mr. Cuz. blogging sendiri2 mcm mana tu? buat hal sendiri ke apa?
February 11, 2010 at 7:18 pm ·
happy bufday…:)
February 11, 2010 at 9:35 pm ·
Thanks dina.
February 11, 2010 at 9:37 pm ·
happy bday!!
February 11, 2010 at 11:41 pm ·
Thanks naem.
February 12, 2010 at 3:34 am ·
Happy birthday!! Sama birthday ngan ayah saya. hehe. Alah~ baru 21 upe nya. Pangkat adek2 lah ni. hahaha :p
Tapi penulisan mangaih..matured arh… Salute2x.
February 12, 2010 at 2:20 pm ·
@farhana ghafar, berkongsi birthdayla wit ur dad. hehe…
ramai blogger yg komen2 kat sini lagi tua dari saya. segan jgk sbb muda lagi. btw thanks 4 ur wish.
February 12, 2010 at 8:47 am ·
dah 21 ye bro
selamat hari tua
erk888
jangan lupa daftar mengundi
February 12, 2010 at 2:20 pm ·
Thanks deusXmachina, nanti aku daftar kalau aku rajin2. Hehe.. PRU lambat lagi…
February 12, 2010 at 11:47 am ·
selamat hari lahir.. mga usia ini mematangkan diri utk penulisan yg bagus.. keep it up..
oh ye, blajar kt SBP mane tuh?
tul.. kite perlu usaha agar kita bjaya sama atau lebih dri org2 yg dh bjaya…
February 12, 2010 at 2:25 pm ·
Thanks fiezaradzi. Saya belajar di SHAH Pekan dulu.
Fieza belajar mana?
February 18, 2010 at 4:30 pm ·
@oryza sativa, oo.. SHAH pekan.. saya stf, jb..
February 20, 2010 at 2:25 pm ·
Fieza, saya pernah sampai kat STF masa tahun 2005. Ada Hari Kebudayaan Perancis SBP. Best.
February 12, 2010 at 1:05 pm ·
Happy birthday! May Allah bless. All da best in ur future~~ =)
February 12, 2010 at 2:25 pm ·
Thanks Minye.
February 12, 2010 at 2:51 pm ·
21 tahun yang lepas selamatlah awak dilahirkan. itu sudah salah satu contoh optimis yang berlaku sebelum awak lahir.happy birthday
sy pon teruk math jugak, tak penah lulus sekolah rendah n menengah. Masuk uni plak ambik Bisnes IT and kena ambik dua math subjek,math for bisnes and math for IT. Math bisnes sy repeat skali and math IT saya repeat 2 kali. Kesiankan…
sampai satu point, saya memasang tekad tak nak fail lagi and I do beleive I boleh buat. Akhirnya berjaya jugak.
February 12, 2010 at 5:58 pm ·
Kalau kita ada matlamat dalam diri, insyaAllah kita boleh buat kan shahrinabd. Kdg2 yg tak berjaya ni bukan tak pandai, tapi tak confident, kurang self-esteem dalam diri.
February 13, 2010 at 9:35 pm ·
happy belated birthday…
mmg kita kena slalu optimis dan berfikiran positif
dan jangan mudah berputus asa…
teringin nak sambung blaja kt australia..
hope i still get the chance to go there…
February 14, 2010 at 12:06 pm ·
Thanks Flygurl. InsyaAllah, kalau ada rezeki tak kemana kan Flygurl. All da best 4 u…
February 17, 2010 at 11:43 am ·
Menginjak pada bumi yang nyata, dan bekerja untuk memenuhi kepuasan diri adalah antara kunci kepada apa yang ak perolehi sekarang…Alhamdullillah…
Walaupun ia tak sehebat dengan apa yang orang lain miliki…Tp cukup membahagiakan aku…Buat penulis blog nieh, ak kagum dengan paradigma dan anjakan kejayaan ko dalam pelajaran…
Moga ak juga berpeluang membuat anjakan pada 25hb februari 2010 nieh dan mengubah kerjaya impian menjadi kerjaya sebenar aku…Amin…
February 20, 2010 at 2:40 pm ·
Mergong, aku pun macam orang lain je. Orang belajar, aku belajar. Orang tulis blog, aku tulis blog. Tapi kita kena pandailah bahagikan masa dengan baik kan. nak jadi pelajar cemerlang bukan senang. perlukan pengorbanan dan kena gigih la. apa2pun all da best Mergong utk apa sahaja yg anda impikan dalam kehidupan.
February 22, 2010 at 6:07 pm ·
21 thun, wahhh ayat sgt matang dan berilmu, memang tak mustahil ohmalaysia boleh dapat Top 100 Malaysian Bloggers!..
February 24, 2010 at 3:33 pm ·
Thanks Farenova. Masih banyak yang nak kena belajar. Hehe.
March 3, 2010 at 1:45 am ·
hahaha..
happy belated bday!!
beza kita seminggu la..
tp sorry la, tahun xsme..
March 5, 2010 at 4:03 pm ·
Happy belated besday jugak munirah hesan.
March 3, 2010 at 11:35 am ·
well.ko patut sujud syukur.haha.beso dh ko.beb.adatla dlm idup nie kene sacrifice.kalo tak sacrifice sumetin,kiter tak dpt sumetin yg kiter inginkan.aperpon.ko dh boleh ngundi dh!haha
March 5, 2010 at 4:43 pm ·
ko pun dah besar panjang amin.. teringat pulak zaman2 sekolah kita dulu..
April 8, 2010 at 12:30 am ·
salam..nak tanya mcmana nak semak kputusan sama ada kta dterima utk temuduga ipta atau tdk….tolg ya
January 3, 2011 at 4:58 am ·
betul!! mcm arsene wenger yg slalu optimis.. 5 Blog Paling Berpengaruh Di Dunia : http://www.dhyra.com/2010/04/5-most-influential-blog-in-world.html